05 July 2009

Jelajah Foto








Nikon D40 Inspirasi ‘Potrait’ dan ‘Nature’.

Menggunakan kamera digital SLR model nikon D40 bukanlah sesuatu yang sukar untuk mendapatkan gambar yang terbaik. Nikon D40 adalah sebuah kamera digital SLR yang mampu memberikan kualiti gambar yang menarik kerana ia menjanjikan aspek teknikal yang mesra pengguna kepada pengendalinya. Nikon D40 juga boleh dianggap sebagai sebuah kamera SLR yang sesuai kepada sesiapa yang ingin belajar perkara asas dalam seni fotografi.

Dalam menghasilkan gambar potrait yang menarik, nikon D40 mampu memberi kualiti warna gambar yang terang serta tepat. Kamera digital SLR ini dilengkapi dengan mode aperture, shutter, program dan manual. Kesemua mode ini adalah sebagai pilihan kepada pengguna yang menginginkan kualiti gambar yang berbeza dan menarik. Sebagai contoh, pengguna boleh menambah kadar kemasukan cahaya pada lensa serta kadar kelajuan shutter yang dilepaskan. Walaubagaimana pun, pengguna boleh menggunakan mode auto pada kamera. Pada keadaan ini, kamera akan mengawal semua sistem yang ada dan pengguna hanya perlu melepaskan shutter untuk mengambil gambar.

Lensa pada kamera ini mempunyai dua mode iaitu autofocus dan manual focus yang sangat berguna pada keadaan-keadaan tertentu. Sebagai contoh, jika pengguna mahu mengambil gambar dengan cepat dan tepat, mereka boleh menggunakan mode autofocus. Sistem autofocus kamera digital ini sangat cepat bertindak balas supaya pengguna dapat menangkap gambar dengan jelas dan tepat. Ia mempuyai tiga titik fokus yang bertindak untuk memfokus objek yang paling dekat dan terang seterusnya menghasilkan kualiti gambar yang menarik. Pada mode manual pada lensa kamera, pengguna dapat menghasilkan “depth-of-field” pada jarak tertentu. Depth-of-field bermaksud bahagian belakang subjek akan kelihatan kabur manakala subjek akan kelihatan tepat dan jelas. Keadaan ini akan menonjolkan subjek yang ingin dipotraitkan atau subjek yang ingin ditekankan.


Apa yang menarik lagi berkenaan kamera digital SLR ini ialah ia mempunyai paparan skrin LCD yang berukuran 4cm(panjang) x 5cm(lebar). Dengan paparan skrin yang agak luas ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna untuk melihat hasil gambar yang diambil serta melihat pilihan menu yang berbagai variasi.

Pilihan menu yang terdapat dalam sistem kamera digital SLR nikon D40 ini dapat membantu pengguna untuk membuat suntingan pada gambar serba sedikit. Selain itu juga, dalam pilihan menu kamera digital ini mempunyai pilihan paparan klasik yang mempunyai graf pembukaan pada lensa dan paparan digital yang mempunyai paparan angka mengenai tetapan pada kamera.

Secara keseluruhannya, nikon D40 mampu menjanjikan kualiti gambar yang menarik serta kualiti warna yang mampu memikat para pencinta seni fotografi ini. Dengan aspek teknikal yang mesra pengguna mampu memberikan kepuasan kepada sesiapa yang mengendalikannya.

No comments:

Post a Comment