Persinggahan Sang Helang di Tanjung Tuan
Raptor Watch atau boleh dikenali sebagai Minggu Pemerhatian Burung berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2009 bertempat di Tanjung Tuan, Melaka. Pada tahun ini Malaysia Nature Society (MNS) menganjurkan Raptor Watch untuk kali ke-10. Acara ini merupakan antara acara terbesar yang dianjurkan oleh MNS. Objektif acara ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa satu fenomena unik telah lama berlangsung di Semenanjung Malaysia, di mana beribu-ribu burung pemangsa terbang melintasi Tanjung Tuan untuk pulang ke tempat asal di Siberia, China, Mongolia, Korea, Japan, India dan Indochina apabila musim sejuk hampir tamat. Bukan setakat burung-burung pemangsa sahaja yang dapat dilihat, terdapat juga pelbagai jenis spesies burung yang lain akan melintasi Tanjung Tuan. Burung-burung pemangsa ini menggunakan haba panas untuk terbang beribu-ribu kilometer. Laluan Selat Melaka menjadi pilihan kerana jaraknya yang dekat dengan Pulau Rupat, Sumatera Indonesia. Tanjung Tuan juga menjadi pilihan kerana dalam keadaan cuaca yang buruk, burung-burung pemangsa ini akan mencari perlindungan di sebalik pokok-pokok yang besar dan rendang di dalam hutan simpan Tanjung Tuan.

Lima spesies utama burung-burung pemangsa yang melintasi Tanjung Tuan setelah menyeberangi Selat Melaka ialah seperti Oriental Honey-Buzzard, Black Baza, Japanese Sparrowhawk, Chinese Goshak dan Grey-faced Buzzard. Acara Raptor Watch juga menjadi satu platform untuk mencipta kesedaran awam untuk melindungi dan memelihara kawasan semula jadi Hutan Simpan Tanjung Tuan. Penghijrahan musim bunga burung-burung pemangsa berlaku setiap tahun di antara pertengahan Februari hingga pertengahan April menjadikan Tanjung Tuan sebagai syerga pemerhati burung. Tanjung Tuan merupakan lokasi pemerhatian terbaik raptor memandangkan beribu-ribu burung tersebut terpaksa terbang rendah akibat kepenatan selepas menghabiskan banyak tenaga untuk menyeberang Selat Melaka. Pada hari yang cukup sesuai dan panas, pengunjung Tanjung Tuan terutama yang memerhati dari Rumah Api Tanjung Tuan mungkin bernasib baik dapat menyaksikan sehingga 1000 ekor raptor menyeberangi Selat Melaka dalam masa yang sama.
Kawasan Tanjung Tuan ini telah diwartakan sebagai kawasan penting burung di Malaysia bersama-sama 54 kawasan lain di Malaysia yang telah dikenal pasti sebagai kawasan utama pemerhati untuk dijadikan kayu pengukur kebersihan alam sekitar menggunakan burung. Tanjung Tuan telah diwartakan sebagai kawasan penting burung di mata dunia dengan meletakkan papan tanda Kawasan Penting Burung semasa pelancaran Raptor Watch.
Terdapat ramai pemerhati burung dari pelbagai negara luar mahupun pemerhati tempatan yang berada di sekitar kawasan Rumah Api Tanjung Tuan, lengkap bersama peralatan-peralatan canggih untuk memerhatikan burung-burung pemangsa ini. Berbekal binocular, kita akan dapat melihat begitu banyak burung-burung pemangsa ini berpusing-pusing di sekitar kawasan Tanjung Tuan. Pemerhati-pemerhati burung di sini tidak lekang dengan binocular masing-masing serta kamera untuk mengambil gambar burung-burung di ruang udara. Burung-burung pemangsa yang sentiasa berterbangan di ruang udara menjadikan kita sedikit sukar untuk mengambil gambar. Kamera yang dilengkapi tele lensa sahaja akan dapat mengambil gambar burung secara dekat. Penggunaan ‘tripod’ juga penting untuk menyokong kamera dan mengelak dari bergegar semasa mengambil gambar burung-burung yang sentiasa berlegar di udara.
No comments:
Post a Comment