Sejarah Fotografi
Perkataan fotografi telah diperkenalkan oleh Sir John Herschel dalam tahun 1839 ketika beliau menjelaskan tentang proses fotografi kepada orang ramai.
Sebelum kewujudan fotografi, seorang penulis Tiphaigne de la Rache (1729-1774) telah menulis cerita fiksyen yang dinamakan Giphantie. Dalam cerita tersebut beliau telah menjelaskan bahawa adalah mungkin untuk manusia memerangkap imej sekeliling ke atas kanvas yang dicelup dalam bahan yang melekat. Imej tersebut akan kekal kelihatan apabila kanvas tersebut telah kering. Malangnya de la Roche tidak pernah melihat gambar foto kerana beliau telah meninggal dunia kira-kira 30 tahun sebelum fotografi wujud.
Pada zaman dahulu, kamera obskura digunakan oleh pelukis untuk menerap arca objek atau model. Kamera obskura adalah kamera lubang jarum yang besar. Bagaimanapun, imej atau arca yang digunakan adalah tidak jelas kerana saiz lubang jarum yang kecil hanya membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera. Jika dibesarkan saiz lubang jarum, imej pula kelihatan kabur. Kamera obskura telah dibina oleh seorang ahli matematik berbangsa arab yang dikenali sebagai Ibn Al-Hatham atau di barat beliau dikenali sebagai AlHazan (965-1040).
Dalam abad ke-16, kualiti arca yang diasilkan menjadi lebih jelas apabila lubang jarum digantikan dengan lensa kaca. Dengan menggunakan kaca, lubang bukaan kamera obskura adalah lebih besar dan lebih cahaya dapat memasuki kamera.
Dalam tahun 1816, Nicephore Niepce telah menggabungkan kamera obskura dengan kertas peka-cahaya. Dalam tahun 1826, beliau telah berjaya menghasilkan gambar yang kekal. Beliau telah berjaya menghasilkan gambarfoto yang pertama pada kepingan pewter yang disalut dengan bitumen Judea. Gambar yang dihasilkan memerlukan dedahan selama lapan jam. Teknik penghasilan gambar tersebut dikenali sebagai heliografi atau tulisan suria.
Dalam tahun 1834, Henry Fox Talbot telah menghasilkan negatif menggunakan kertas yang direndam dalam argentum klorida dan dikekalkan menggunakan larutan garam. Talbot kemudiannya menghasilkan arca positif dengan melapiskan kertas negatif dengan sekeping kertas peka-cahaya yang lain. Teknik ini dikenali sebagai cetakan-sentuh atau contact printing.
Dalam tahun 1837, Louis Daguerre menghasilkan arca pada kepingan logam yang disadur dengan argentum iodida. Logam ini dicuci dengan menggunakan raksa suam. Daguerre menerbitkan kaedah menghasilkan gambarfoto dan mengizinkan jurufoto lain menggunakan lain menggunakan kaedah tersebut. Sebagai balasan, kerajaan Perancis telah menghadiahkan bayaran pencen kepada beliau. Kaedah penghasilan gambar tersebut dikenali sebagai proses Daguerreotype.
Dalam tahun 1888, kamera Kodak yang pertama telah berada di pasaran. Pada masa itu, Kodak dimuat dengan kertas foto. Setahun kemudian kamera Kodak pertama yang diisi dengan filem dijual. Kamera kotak Kodak Brownie yang menggunakan filem gulung diperkenalkan dalam tahun 1900.

No comments:
Post a Comment